• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Tamat

    2.3.16

    Sunyi.
    Sudah terlalu lama sejak kali terakhir perasaan seperti ini menjengah diri.
    Aku hampir lupa bagaimana perasaannya berada dalam keadaan ini.
    Kosong, sepi.
    Sukar untuk ditafsirkan.

    Pernah, aku menitipkan doa pada Tuhan.
    Berikan aku petunjuk, agar diberi untuk aku petanda.
    Dan berulangkali juga Dia menunjukkannya.

    Namun benar,
    Aku sering cuba melawan takdir Ilahi.
    Berkeras konon seolah aku penentu segala.

    Kali ini aku tewas,
    Dia lebih mengetahui akan segalanya,
    Kesemua ini sudah dalam garapan-Nya
    Aku redha.

    Tamat kisah kita di sini.

    "Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"- Al-Baqarah, ayat 286.


    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    Hallo

    14.10.14
    Hai. Woi lama gila tak menaip kat blog ni. Lama nak mampos aa weh halamak ahh. Hope you guys doin' good. 

    Masa pantas sangat berlalu. Sedar tak sedar, 12hb 10 haritu aku dah officially bergerak keluar dari bumi Melaka selepas 3 tahun menetap disana sebagai seorang pelajar UiTM Melaka. I must say, those 3 years, are the best years i've ever had. Macam-macam benda yang terjadi. Macam-macam perkara yang berlaku, kenangan baik, buruk, pahit, manis. Dan pelbagai juga perkara baru yang aku dah belajar sepanjang 3 tahun kat sana. 

    And now, baru je 2 hari kat selangor ni, aku dah bosan. Yelah, nak biasakan balik rutin hidup macam before zaman belajar. Takboleh jugak. Sebelum masuk belajar dulu umur aku 18 tahun, sekarang ni dah 21 tahun. Dulu boleh la makan tido makan tido je. Ni dah 21 tahun takkan nak ulang perkara sama ye dak. Mau mak bapak aku sagat kepala aku kat jalan tar. 

    Sekarang ni, misi mencari kerja sementara menunggu tawaran sambung ke ijazah pulak. Lama gak aa nak menunggu. Intake bulan 3 tahun depan. Tak ke 5 bulan... Tak ke lepu tu.. Tak ke bosan saya dibuatnya tu..

    So sesiapa yang ada tahu lubang-lubang kerja kosong tu, boleh la offer kepada aku ye. Pepandaila cari aku wakaka.

    Halamak ai bosan gile blog aku ni. Entri bosan ya amat. Ni la dia. Ni la akibat 8 bulan tak update blog. Konon busy sangat la tu. Bajet-bajet je sebuah Azim Marcello ni. Ingat kelakor agaknya. Try hard habis la tu.

    Dah babailah.
    Adios.
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...