• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    layar keinsafan

    18.3.11
    uke , hidup ni penuh dgn dugaan bukan ? penuh dgn cabaran , penuh dgn persoalan , tanda tanya mahupun tanda baca yg dipelajari ketika menuntut di sekolah rendah suatu ketika dahulu . sebagai seorang yg menetapkan Islam sebagai pegangan hidupnya , aku yakin bahawa setiap dugaan dan ujian yg diterima adalah tanda bahawa Allah masih mengingati aku . dan benar , setiap dugaan yg dilalui dalam kehidupan ini menjadikan aku seorang yg lebih matang berbanding suatu masa dahulu . rentetan perjalanan hidup ini ditempuhi dgn penuh redha dan kesabaran . 


    pernah suatu ketika dahulu , apabila aku terlalu mengikut perasaan yg diselubungi dgn masalah yg bergasak-gasak memenuhi fikiran , aku mengambil tindakan drastik dengan cuba melakukan perkara yg boleh dilabel sebagai 'gila' . dan pastinya , dgn masalah yg kian mengancam diri , pada ketika itu aku hampir tidak lagi mengenali seorang yg bernama 'azim' . ah ! persetankan itu semua . perkara yg lalu usah lagi diungkit , ia hanya akan membuatkan luka lama kembali terkoyak . setiap kali aku teringatkan kisah lama , aku hanya mampu senyum dan menghela nafas panjang . betapa bodohnya aku pada masa dahulu . melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang .


    aku tidak punya harta yg melimpah ruah hatta tanah sekangkang kera . aku tidak memiliki bakat utk ditonjolkan , dan aku tidak punya rupa paras yg cantik utk membuatkan seseorang wanita terus jatuh cinta pada pandang pertama . namun aku punya hati dan perasaan . sekeping hati yg jika dilukakan , akan remuk dan hancur yg pastinya memerlukan suatu jangka masa yg agak panjang utk dipulihkan . atau lebih teruk mungkin tidak mampu dipulihkan . dan tika ini , malam yg sepi terus sepi . hanya dilimpahi cahaya bulan dan bintang-bintang sebagai 'sidekick' yg menerangi . ya kini bintang menjadi peneman diri . 


    hidup tanpa teman pastinya agak sukar buat aku . tiada tempat utk mengadu kasih , menceritakan segala perihal masalah yg menimpa diri . hanya Allah tempat aku meluahkan segala-galanya . musabah diri , betapa hinanya aku disisi Tuhan . dosa terus-terusan dilakukan tanpa satupun perasaan bersalah . pahala dan amal yg dilakukan hanyalah sedikit pecahan dari dosa yg dilakukan . pintaku semoga Tuhan menerima diri ini . tempatkanlah kedua ibubapa ku dikalangan org beriman diakhirat kelak . semoga aku bisa menjadi seorang anak soleh yg mampu membawa ibubapaku ke syurga . amin ya Allah ..


    dah konfem result SPM keluar 23hb mac 
    doakan azim dpt result cemerlang oke ?
    insyaAllah azim akan menghadiahkan kpd ummi dan ayah keputusan yg membanggakan
    doa dari kalian amat azim harapkan
    aminn ;)

    till then , ADIOS ^^

    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...