• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    A letter.. for you..

    7.10.11
    hi awak, 


    okeh, kenangan tentang kita, segala perkara telah berakhir lebih kurang 9 bulan. awak dah bergerak melangkah ke depan, lupakan segala tentang diri kita, dan begitu juga dgn diri saya. saya hampir dapat melupakan segalanya. awak..awak pun dah ada si 'dia' yg baru. dan saya pulak dah menemui kelebihan dalam menyayangi diri sendiri melebihi orang lain. saya terima dan redha yg kita lebih baik berpisah mengambil haluan dan jalan hidup masing masing. mungkin..


    tapi, saya melihat kembali video yg saya buat utk awak, gambar yg kita tangkap bersama, buat saya sedar kembali yg diri awak masih memainkan peranan penting dlm hidup saya. dgn hanya melihat gambar awak, sudah cukup utk membuatkan hati saya berdegup laju seperti saat pertama kita bertemu.. senyuman awak masih mampu utk membuatkan senyuman turut terukir di bibir saya.


    kemudiannya saya tersedar, siapa yg cuba saya yakinkan selama ni? mungkin segala usaha saya dalam cuba memikat hati awak cuma sia-sia. saya taknak lagi perasaan yg seperti ini. saya tak sanggup lagi berhadapan dgn perasaan sedih yg cuba saya hindar selama ni. hanya tuhan yg tahu bahawa saya telah berusaha sedaya upaya untuk melupakan awak . saya tak dapat menghitung lagi berapa banyak masa yg telah saya habiskan utk cuba meyakinkan diri saya yg saya lebih baik berundur diri, tanpa awak.. saya telah melakukan sehabis baik utk bangkit semula selepas mendapat tahu apa yg saya cuba lakukan selama ni hanya perkara yg diambil enteng dan mudah oleh awak. dan terus memikirkan yg saya bukan siapa siapa utk awak.. bukan sesiapa.


    tapi kalau awak beritahu saya bahawa selama 9 bulan ni awak telah memikirkan tentang diri saya, yg awak telah bersedia utk saya, saya takkan teragak agak lagi utk kembali kepada awak. hati yg selama ini dikunci, akan kembali dibuka dan lapang utk awak. saya berjanji akan mencuba sedaya upaya utk mencintai diri awak sampai bila bila. saya akan mencuba sebaik mungkin..


    dan ya, selama 9 bulan ini, saya masih mencintai awak. mungkin pada org lain kata kata cinta itu hanyalah kosong semata mata. tapi sekurang kurangnya saya telah cuba membuktikan bahawa perasaan dan hati saya ini benar untuk terus menanti selama 9 bulan dan mungkin berterusan ini. mungkin, saya pernah mencuba mencari seseorang yg lain utk menjadi pengganti awak. tapi saya tahu usaha saya itu hanyalah sia sia. kerana hati saya takpernah berhenti dari menyayangi diri awak. saya masih mengasihi hati awak.

    yg benar, 
    Azim
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    7 comments:

    1. nick dot anis said...:

      terharu jap baca entry ni:-)

    1. fathin la!..sape lagi said...:

      waaa..terharu nye. btw, dont be sad. jodoh masing-masing Allah dah tetap kan,rite? pray to him mintak jodoh yang terbaik. :)

    1. azim marcello said...:

      uhuks uhuks. haha thanks fathin. insyaAllah jodoh tu ada kan :) terima kasih bebanyok weh!

    1. Farah Shuhada said...:

      sedih giler.. jgnlah sedih sgt.. terharulah baca post ni.. dgr music sekali lg tambah mghayati.. bunga bukan sekuntum. chill ok ? :) perjalanan masih jauh.

    1. azim marcello said...:

      manada sedih ler hihi. senanye lagu tu bg tmbh mood, giteww. okeh thanks farah :)

    1. miratun madihah said...:

      nak nangis jap weyh,tape weyh keep move on,aku pernah gak laluinya macam ni weyh. tape kau masih ada famili kau.caiyok!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...