• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Dia kembali semula

    4.8.12
    Hai semuanya. Selamat pagi. Kenapa pagi? Sebab masa aku menaip entry ni, aku baru lepas sahur. Ya, kolej aku ada buat event ketuk-ketuk sahur, tapi aku tak pergi pun. Malas. Sahur rokok dunhill sebatang, air coke. Kombinasi yg tak best. Jangan cuba. Bakal sakit tekak *cough*


    Pernah tak korang berada di dalam situasi dimana korang dah bahagia dgn pasangan korang, dah sayang chenta bagai utk dia hey! Then tetiba si 'ex' korang ataupun ex pasangan korang datang balik dalam hidup salah satu dari kalian? Pernah menghadapi perkara macam tu tak? Kenapa aku keletak keletuk menaip entry pasal benda ni? Sebab aku bukak twitter, usha timeline, asyik melihat si 'polan-polan' ini meluahkan isi hati diorang yg dalam dilemma sejak ex diorang datang balik dalam hidup diorang. Dan diorang taktahu nak buat apa. 


    Masih sayang : Yes kebanyakannya bila menghadapi perkara macam ni, diorang taktahu nak buat apa. Sebab diorang rasa diorang masih ada perasaan sayang terhadap ex diorang tu. Contohnya si A (si bf) ni tengah bahagia dgn si B (si gf), then agak dah berbulan macam tu, tetiba si C (ex A) ni datang balik. Kononnya nak menagih semula cinta A. Si A cintakan sangat sangat kt si B, tapi bila si ex dia ni datang balik, secara 'tiba-tiba' kononnya perasaan sayang tu ada lagi dekat si C. So dia taktahu nak buat apa, dilemma ada kejadah apa semua tu kan.


    Teringat cerita lama : Sesetengah perkara atau memori memang kita payah nak lupakan. Lagi-lagi bilamana si ex ni asyik mengingatkan kekonon rindu pe lancau semua tu lah kan. So bila si A ni asyik teringatkan cerita lama dia dgn ex dia tu, secara dia tak sedar, dia akan layan si B nak taknak je. Believe me. Kawan aku ramai dah yg kena macam ni. Sebab apa, dia asyik layankan perasaan dia tu konon terkenang memori saat bahagia dgn si ex dulu, dia akan susah nak layan pasangan diorang ni sebaik mungkin.






    Pendapat aku? Aku tak percaya dengan segala konsep yg konon dalam dilema apa bagai tu. Okay kita tengok macam ni, si A tengah bahagia dgn si B, they love each other, sangat bahagia. Pergaduhan tu biasa lah, tp takkan membawa sampai break up bagai. Tapi bila si ex ni datang balik, kenapa semuanya berubah? Layanan yg diberi kepada si B pun makin buruk. In my opinion, ex ni bukan sahaja sekadar 'ex', tapi diorang juga 'perosak hubungan'. 


    They said, if they love you, they will come back to you,
    but if they really love you,
    they wouldn't left, not even once

    Ever heard of this quote? Ye selalu sangat orang tweet pasal ayat ni kt twitter. As for me? Its true. Kalau dia sayangkan kita, dia akan datang balik kt kita? Seriously bitch? Kalau betul lah dia sayang, kenapa bagi peluang kt dia utk bercinta dengan orang lain? Kalau macam diorang broke up, then masing masing takde pasangan baru takpelah, memasing single, its okay lah utk get back together. Ini dedua dah ada pasangan baru, baru nak datang balik? Macam bodoh. Dan sebenarnya kalau betul dia sayang, dia takkan tinggalkan kita walau untuk sekali pun. Dia akan cuba pertahankan hubungan tu sebaik mungkin, and they won't give up. Not even once.

    Aku taktahu apa apa pasal benda ni? Aku tak faham? Bitch please, aku pernah mengalami benda yg sama. Someone yg aku penah tunggu dekat setahun lebih datang balik dalam hidup aku, dan pada masa tu aku dah ada gf. Apa yg aku buat? Aku tak teragak-agak. Aku buang dia jauh-jauh. As a friend, yes masih boleh diterima. Tp utk sayang satu sama lain macam dulu? Never.

    Kalian, aku faham, kita takkan dapat lupakan segala apa kenangan memori dgn ex tu. Takkan boleh lupakan. So macam mana nak buat? Bila kenangan tu datang balik kt ingatan korang, cuba utk tak melayan perasaan tu. Try to accept the fact yg korang dah ada someone new. Yakin dgn pasangan korang, mungkin pada masa sekarang korang taknampak apa apa lagi, tapi satu hari nanti insyaAllah pasangan korang ni akan create even a happier and greater memories with you. Hold on to my words. They will. Have faith in Allah. 

    Aku pegang satu perkara, my ex is my past. My partner is my present and insyaAllah my future. Never look back. Dan dgn cara tu, korang akan bahagia. Percayalah.

    Adios.

    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    2 comments:

    1. ✿ pink velvet ✿ said...:

      setuju dgn ayat ni "Aku pegang satu perkara, my ex is my past. My partner is my present and insyaAllah my future. Never look back. Dan dgn cara tu, korang akan bahagia. Percayalah"

    1. legendary wariner said...:

      susah bila ckp psl hati dgn perasaan ni. yang penting bagi aku, kalau kau minat or syg die. Jgn dtg balik bila dia tgh bahagia.bukanke kalau kau cinta kau sanggup lepaskan dia asalkan die bahagia?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...