• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Pengorbanan

    25.10.12
    Hai semua. Sedar tak sedar, kita dah pun masuk dalam bulan zulhijjah. Kiranya bulan yg terakhir dalam kiraan bulan-bulan Islam. Dan pada saat aku menaip entri ni, takbir raya aidiladha baru sahaja dilaungkan. Syahdu. Tambah lagi bila mengenangkan opah dan atuk yg sekarang ni berada di Mekah Al-Mukarramah untuk mengerjakan rukun Islam yg kelima iaitu ibadah Haji. Rindu kat opah dan atuk. Diorang lah antara orang yg paling rapat dgn aku. Dan aku jugaklah cucu yg paling manja kalau dgn opah dan atuk. Sebab tu jugak, kalau aku cuti sem ke free ke, aku lebih suka untuk balik ke kampung aku kt Bidor, Perak. Tapi cuti sem kali ni takboleh sebab takde orang langsung kt rumah sana. Hm.

    10 Zulhijjah. Lebih dikenali sebagai hari raya aidiladha. Secara umumnya kalau ditanya kepada orang kita, apa yg mereka faham, 'pegi solat sunat aidiladha, kalau rajin lepas solat dgr khutbah, balik rumah makan ketupat rendang, lepastu join pegi aktiviti penyembelihan lembu, unta'. Biasalah. Hakikatnya dah memang begitu, kita dibesarkan dgn pengertian Aidiladha yg sebegitu. 



    Aku ni pun takdelah kuat agama warak sangat. Tapi berdasarkan apa yg aku dah belajar sejak kecil sampai sekarang, besar maksud aidiladha ni. Terutamanya dari segi Pengorbanan. Ibadah korban ni sebenarnya mengingatkan dan untuk kita mengambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S atas kepatuhan kepada perintah Allah S.W.T. 

    Pengorbanan. Kita pandang dari skop yg lebih luas lah ya. Bukan mudah untuk kita berkorban. Tapi ketahuilah, pasti ada hikmah di sebalik setiap pengorbanan yg kita lakukan. Allah telah menjanjikan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Allah telah tetapkan semua itu sejak di Luh Mahfuz lagi. Setiap pengorbanan yg ikhlas, pasti akan diredhai dan diberkati oleh Allah. Kentalkan hati, tetapkan jiwa, InsyaAllah boleh.

    Selamat Hari Raya Aidiladha. 
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...