• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Cela

    7.2.13
    Pernah kalian dihina? Pernah kalian di cela? Aku yakin, walau pun sekali, kalian pasti pernah dihina. Tapi pernah tak rasa dihina oleh seseorang yg kalian tak menyangka akan melafazkan 'kalimah celaan' terhadap diri kalian itu? Mungkin ada yg pernah, mungkin ada yg tidak. Dan aku? Aku baru sahaja lepas menerima celaan itu.

    ''Muka nampak baik, tapi hati busuk!''

     Aku tak pernah mengharapkan orang mengatakan aku ini baik hanya bersandarkan muka aku. Aku diberi muka yg kata orang ala-ala baby-face. Kononnya lah. Muka yg tak makan dek usia. Selalu ditanya berapa usia aku, aku jawab 20 tahun, dan mimik muka masing-masing seakan bermonolog didalam hati -- lah 20 tahun ke dia ni, tengok muka macam belasan tahun, macam budak sekolah menengah lagi. Dan disebabkan itu, ramai yg beranggapan yg aku ni orang yg ceria, ibarat anak kecil yg tidak mengenal dunia, selalu gembira. Tak mencapai usia matang lah kononnya. 

    Jujur, aku mengaku aku ini bukanlah baik orangnya. Aku juga pernah melakukan perkara-perkara yg jahat. Tapi dalam hampir banyak perkara, aku boleh berfikir dengan baik. Mungkinlah.

    Tapi dilabelkan sebagai 'hati busuk' selepas mengatakan perkara yg benar, sumpah aku takboleh terima. Lagi lagi daripada orang yg tak dijangka boleh menyatakan ayat sedemikian. Aku mengatakan perkara benar untuk dia sedar, untuk dia muhasabah diri tu. Walaupun aku sedar, aku ni tidaklah setaraf orang lain yg lebih baik untuk menyampaikan nasihat. 

    ''berkatalah benar walaupun ianya pahit''

    Masih terngiang-ngiang maksud dari pepatah arab yg diajar oleh ustazah aku di sekolah menengah dulu. Walaupun perkara yg bakal kita ucapkan itu menyakitkan hati mereka, kita perlu mengatakannya. Tapi lepas aku berkata, itu yg aku terima? 

    Mungkin, silap aku bila tidak berlapik bila berbicara. Tapi satu yg kalian perlu ketahui, aku ini jenis yg berterus terang dalam meluahkan apa perkara yg aku rasakan benar. Ya, aku ini jahat, aku mengaku. Aku tidak sebaik dan sesuci kalian.

    Tapi, celaan itu aku masih tidak boleh terima.
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...