• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Gebang lebih

    6.3.13
    Kadang-kadang tu memang, lumrah hidup manusia nakkan perhatian. Tak kira lah nakkan perhatian dari adik-beradik ke, keluarga, pakwe/makwe, kawan-kawan ke. Hidup mencari perhatian. Adatlah tu. Aku sendiri pun macam tu jugak. Selalu sangat, lagi-lagi nak tarik perhatian cik gf tu kat aku. Eleh menipu lah kalau cakap korang tak macam tu kan.

    Tapi yang pelik, ada sesetengah jenis manusia ni, sanggup menipu dan reka cerita semata-mata untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri dia. Paling teruk, reka macam-macam cerita untuk menampakkan diri dia tu hebat di mata orang lain. Pelik.

    Pernah jugak aku berhadapan dengan manusia yang macam tu. Fuh kalau bersembang dengan dia, mesti dia je yang paling gempak. Kadang-kadang tu kita macam 'iye iye je dia ni'. Kita buka cerita sikit, bila tiba turn dia mencelah, fuh! segala metafora hiperbola merembes-rembes keluar dari mulut dia. 

    Tak salah nak tarik perhatian ni. Tapi bila dah sampai tahap 'gebang je lebih', orang pun naik menyampah. Apa lah motifnya nak sembang meninggi langit. Kalau betul awak nak orang berkawan dengan awak, awak jujur jelah dengan orang tu, tak gitu?

    Like hekeleh berlagak sangat nak ke mana dik? Sorga ke?



    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...