• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Penyudah

    5.3.13
    Aku ada hati. Hati yang rapuh. Hati yg mudah berubah-ubah. Macam lalang ditiup angin. Ditiup ke kiri, kekiri lah perginya. Norma hati yg selalu ingin rasa dibelai, dicintai, disayangi. Macam hati-hati manusia lain yg bahagia. Yang gembira.

    Tapi kebelakangan ni hati aku pelik. Sebagai tuannya, aku sendiri taktahu apa yg hati ini nakkan. Kadang dia nak menggembirakan hati yg lain. Kadang, menyakitkan hati yg lain. Tahap pelik hati aku ni, aku sendiri taktahu.

    Biasalah, kalau nak bahagia, mesti tempuh derita dulu kan. Dari dulu aku berpegang dengan prinsip tu. Tapi nampak macam sedikit lain kitarannya. Gilirannya macam gembira, sedih, sedih, sedih, sedih, sedih, gembira, sedih, sedih, sedih, sedih, sedih, gembira, sedih, sedih, sedih, sedih. Begitu pengulangannya setakat ini. Bukannya aku tak cuba untuk buat hati ini dgn hati yg satu lagi bahagia. Setiap hari, setiap saat aku cuba.

    Aku minta maaf kat hati yg satu lagi kalau hati itu sedikit kecewa. Tak macam yg diinginkan. Tapi aku berjanji, aku takkan berhenti mencuba buat kau bahagia. Buat kau gembira. Macam yang diimpikan, kan?
    Mungkin bukan terus-menerus bahagia.Tapi kitaran perasaan itu akan sedikit berbeda.
    Gembira, sedih, gembira, gembira, gembira, sedih, gembira, gembira, gembira, gembira, sedih.
    Yang pasti sedih itu bukan lagi sesuatu yg perlu dikesali.


    Tolong percaya akan diri aku, dan hati ini.






    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...