• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Golongan satu dan dua

    8.4.13
    Hai. Nak tanya lah kan, suka tak bila orang sibuk masuk campur dalam hubungan korang? Dari mana entah taktahu cerita, tiba-tiba datang lagaknya professional dalam bab bercinta, terus masuk campur dalam hubungan korang. Suka ke tidak?

    Aku? Nahh disini yang ingin aku terangkan tentangnya. So secara umumnya ada terbahagi kepada dua jenis golongan yang menyibuk ni. 

    Satu, golongan yang menyibuk, tapi memberi nasihat untuk tengok sesebuah hubungan itu kekal.
    Ini biasa kita lihat. Disetiap peringkat hubungan mesti ada golongan yang macam yang pertama ini. Bercinta 'couple', ada kawan baik kita yang bersungguh memberi nasihat kepada kita, hanya untuk melihat hubungan kita kekal. Peringkat pasangan berkahwin, ada kaunselor, ada juga pegawai di pejabat agama. Mereka memberi sedikit sebanyak nasihat. Mungkin bukan 100% dari nasihat mereka itu berhasil, tapi masih ada serpihan-serpihan yang bisa digunakan untuk 'membaikpulih' hubungan kita dengan pasangan. Yang paling penting, niat mereka untuk melihat hubungan kita kekal dan bahagia seperti selalunya.

    Kedua, golongan yang menyibuk, tapi berbeza. Menyibuk dan menghasut kita untuk memutuskan hubungan kita dengan pasangan. Senang cerita, aku gelar golongan kedua ni sebagai golongan 'lahanat' lah. Mereka ini apabila melihat atau mendengar khabaran bahawa kita ada masalah atau bergaduh dengan pasangan, mereka akan 'mencucuk' kita untuk putus atau cerai dengan pasangan. Rare, tapi memang wujud golongan kedua ini. Golongan yang sentiasa busuk hati dan kalau boleh, taknak tengok sesebuah hubungan itu bahagia. 



    Alhamdulillah, kawan-kawan rapat aku terdiri dari golongan pertama. Kawan-kawan rapat aku semua support aku dan sering memberikan nasihat untuk aku terus kekal dengan pasangan. Kadang-kadang tu ada juga si Zhariff tu bagi aku idea untuk aku buat perkara-perkara sweet dekat pasangan aku. Ah kantoi pulak. Setakat ni belum ada lagi lah kawan-kawan aku yang nak 'meruntuhkan' hubungan aku. 

    Apa yang aku boleh konklusikan tentang golongan kedua ialah, mereka ni mungkin pernah dikecewakan oleh pasangan mereka. So kalau boleh, mereka nak rosakkan hubungan orang lain pulak. Atau sebab dengki. Bodohnya golongan kedua ni. Aku rasa pepatah 'jangan jaga tepi kain orang' ni kena tukar sikit untuk entri kali ni. Tukar jadi 'jangan nak merabakkan kain orang lain kalau kecewa kain sendiri rabak'. Ya Allah hambarnya pepatah aku. Nak kata serius, macam lepu je. Nak kata lawak, tersengih pun tak mampu. 



    So korang kalau nak menasihat orang, jadilah golongan pertama.
    Kalau jadi golongan kedua, korang manusia paling bodoh satu level dengan babi kena cucuk dari bontot tembus hidung.

    Assalamualaikum.
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...