• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    PRU ke-13

    24.4.13
    Hai. So sekarang ni bukak lah mana-mana social network pun, twitter ke, facebook ke, mesti kecoh pasal Pilihanraya umum ke-13 yang akan berlangsung pada 5hb Mei 2013. Semua pun mula lah tunjuk kepakaran dan bentangkan pendapat mereka mengenai parti ini dan parti itu, calon adun ini dan itu. Ada juga yang macam 'up' sikit, buat video keek selama 36 saat mengenai pilihanraya umum ke-13. 

    Tapi kalau aku buka twitter tu, paling riuh bentang pendapat pasal PRU ni, bebudak yang umur bawah 21 tahun. Yang kalau nak diikutkan masih belum layak untuk mengundi. Lagi kesian, bila ada sesetengah golongan yang caci maki dan kutuk pandangan mereka, disebabkan title mereka 'masih belum layak mengundi'.

    Pada pendapat aku lah kan, tak salah pun bila diorang ni kemukakan pendapat diorang dalam menilai sesuatu parti tu. Takkan lah nak tunggu diorang ni dah cukup umur mengundi baru layak untuk menilai, untuk kaji tentang baik buruk sesebuah parti yang bakal memimpin negara kan? 

    Okay kita ambik contoh macam ni lah. Ahmad ni umur dia 17 tahun, masih belajar di tingkatan 5, dan tidak cukup umur untuk mengundi. Ahmad ni kategori yang rajin tengok tv, baca suratkhabar. Dan media kita sekarang pula, cerita dan politik akan dijadikan tajuk utama dalam setiap medium. Secara tak langsung, Ahmad ni baca pasal topik-topik politik ni. Takkan kita nak halang dia? 

    Meskipun belum cukup umur, golongan muda perlu diberi pendedahan sedikit sebanyak tentang isu politik negara kita. Tapi perlu memadai. Takkan nak tunggu umur 21 tahun, baru lah terkedek-kedek nak kaji pasal parti itu ini, baru nak ambil tahu pasal politik semasa kan? So bila diorang ni dah faham sikit-sikit tentang politik kita, dari situ diorang boleh terus-menerus menilai dan kenalpasti baik buruk sesebuah parti tu. Bila dah cukup umur untuk mengundi, diorang dah kategori cukup faham. Tak gitu? Cumanya kalau adik-adik ni nak kemukakan pendapat dekat twitter ke memana ke, jangan lah berlagak macam pandai sangat, sekadar yang memadai sahaja. 

    So kepada semua, undilah demi kesejahteraan kita di masa hadapan! 

     

    Adios.

    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...