• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Tips untuk temuduga Masscom UiTM

    23.4.13
    Hai! So semalam dah keluar result upu untuk temuduga kan? Congrats untuk mereka yang layak untuk menghadiri temuduga. So kepada yang layak untuk temuduga Masscom ataupun bahasa melayunya Komunikasi dan Pengajian Media, tahniah untuk kalian semua! Sebab kalau yang berjaya ni, korang jadi junior aku lah nanti yeay! Nampak tak abang sangat eksaited dengan adik-adik sekalian. Wahaha!

    So sebagai saorang yang telahpun berjaya dalam Interview Masscom  lantas berjaya menyambung pelajaran dalam diploma komunikasi dan pengajian media di uitm melaka, abiang nak juga lah berkongsi sedikit sebanyak tips dan pangatahuan yang bisa diguna pakai ketika adik-adik pergi temuduga nanti. Abiang bukan nak berlagak mahupun membangga diri, tapi abiang cuma mahu menolong adik-adik semuanya. Wahaha ayat skema nak mampus! 

    Untuk pangatahuan, diploma Masscom ini hanya terdapat di UiTM Melaka buat masa ini lah kan. Ada juga dengar ura-ura nak bukak satu tempat diploma kat puncak alam, tapi tak pasti lah kesahihan cerita yang tarsabut. Ye sabut sangat. Sabut kelapa. Aku malas nak tekan backspace betulkan perkataan tadi. BUat-buat faham sudah. 

    Sebelum pegi interview nanti, adik-adik perlu lah mempersiapkan diri dengan membaca suratkhabar ataupun menonton berita untuk menambah pengetahuan adik-adik tentang isu semasa. Sebab masa second part of interview nanti, adik-adik akan ditanya tentang isu semasa yang adik-adik tahu, dan berikan kritikan ataupun komen atau pandangan adik-adik tentang isu tersebut. Nak sambung komunikasi media, takboleh ketinggalan dari isu semasa dik. 




    Masa interview nanti, ada 2 part of interview. Setakat ini, konsep interview itu masih sama. Taktahu lah nanti adik-adik interview, dah lain konsep ada 3-4 part interview kan. Masa itu abiang cuma boleh ucapkan padan muka kakaka! Ok tak, 1st part nanti Writing Essay. Biasanya kalian akan diminta untuk menulis sebuah esei tentang 'kenapa minat mascom, apa yang faham tentang masscom, dan apa yang kalian boleh contribute in the future berkait dengan masscom'. Kalian akan diminta untuk menulis dalam bahasa inggeris. Seingat abiang, tak kurang dari 180 patah perkataan rasanya. Kalau boleh rajin-rajinkan bukak dictionary, guna verb verb yang bizarre okay? 

    2nd part, interview dengan lecturer masscom itu sendiri. Disini yang paling memainkan peranan penting ialah keyakinan korang bila bercakap, dan bagaimana korang nak jawab persoalan yang dilontarkan oleh interviewer itu nanti. Korang akan diminta untuk perkenalkan diri korang, takperlu detail sangat. Tapi kalau korang ada melibatkan diri dengan event-event media, ataupun pernah join apa-apa aktiviti yang berkaitan, korang boleh ceritakan kepada interviewer tu nanti. Extra points okay. Kalau korang ada macam blogging ke, buat cerpen or pernah buat news kat online ke, korang boleh sertakan sekali. Sediakan sebuah scrapbook, dan attach semua tu. Macam abiang dulu, tak berapa konpiden bercakap, so abiang ada buat photoshoot semua, blogging, buat short film, abiang sertakan semua tu in detail dalam scrapbook tu. Again, extra points. Sebab nampak effort korang disitu. 

    Pengetahuan am sangat penting. List perdana menteri kita sampai sekarang, nama yg dipertuan agong. Macam abiang dulu, dia tanya nama menteri-menteri dekat jabatan perdana menteri. Gagap juga abiang nak menjawab kakaka! Then jangan terkejut kalau lecturer tu nanti suruh korang nyanyi, bersajak or berlakon. Abiang dulu kena menyanyi. Abiang pula dulu aktif nasyid, apa lagi penuh qasidah lah abiang melalak. Ahaks.



    Itu je tips dari abiang. Goodluck untuk korang yang bakal pegi interview masscom nanti. Yang penting, konfiden, tunjukkan yang korang memang betul-betul berminat untuk masscom. Kepada sesiapa yang berjaya, kita jumpa di uitm lendu. Acewah.

    Adios.



    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    14 comments:

    1. Nora Karim said...:

      hi junior! :D

      ini super duper senior...! grad tahun 2003...

      salam kenal...

    1. titi tutu said...:

      scrapbook tu kena buat macam mana? n macam mana nak letak blog n shortfilm?

    1. azim marcello said...:

      Nora : Hai super duper junior! Tabik hormat! Hehe Amboui lama dah akak grad.

      Titi tutu : Yang scrapbook tu cuma cadangan saya, sebab saya sesaje try dulu, then interviewer kata 'extra points'. Printscreen scene shortfilm, blog, then print, tulis detail :)

    1. Shiffa said...:

      dah keluar ke ? kenapa takde apps pun yg boleh check layak or tak ? :/

    1. Shiffa said...: This comment has been removed by the author.
    1. Anonymous said...:

      Takutt lh... Tu semua... Hmm, yakin... Tapi kalau dh dia tanya doalan yg kota takk tahu, boleh pengsan lh kt situu....

    1. Chandra Kirana said...:

      assalamualaikum abg..sy dpt interview utk mascom,21 dec 2013 ni sy dh kna interview, abg sy nk tny, time interview tu penemuduge tu temuduge kite sume dlm bi ke? xde bm lgsung..?

    1. Misi Kuza said...:

      Salam,abg mse sec0nd part 2,kne speaking abis2 ke?tk0tla,sbb xmaher sgt

    1. Misi Kuza said...:

      Pliz bls emeil saya

    1. Wani Azmi said...:

      Assalamualaikum.. Masa interview tu. Guna bahasa melayu ke atau bhasa inggeris?

    1. Amar Aziz said...:

      Selalunya bahasa Inggeris tapi itu bergantung pada pensyarah itu sendiri.

    1. Finn Yoom said...:

      Maaf saya bertanya,saya pelajar lepasan spm yg minat mohon bidang masscom ,tapi byk senior uni yg beri respond negative ttg kos ni...ramai ckp kalau lelaki join kos ni kebarangkalian akan bertukar jantina ,lagi2 di uitm lendu, betul ke benda ni semua and mcm ne boleh terjadi mcm ni

    1. nabil tasnim said...:

      saya nabil tasnim 2 jun 2015 ini akan berlajar di masscomm lendu melaka.hehehe

    1. nabil tasnim said...:

      Seronok dapat berkenal kenalan dengan abang dan kakak semua ^_^

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...