• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Bangkit

    28.6.13
    Pernah dulu aku jatuh. Jatuh ke satu pelusuk dunia yang aku rasa aku akan terperangkap di dalamnya, untuk selamanya. Siapa sangka, hanya disebabkan seorang hawa, air mata anak adam ini jatuh berlinangan tanpa bisa dikawal oleh tuan punya badannya sendiri. Umum tahu, bahawa seorang lelaki penuh dengan sifat ego. Namun bila melibatkan soal hati dan perasaan, gugur segala tembok egoisnya. 

    Dan waktu itu, kecewa aku? Usah ditanya. Setahun lebih juga aku menderita. Sampai satu saat aku berkata pada diri sendiri, ''Aku dah penat, aku dah tak sanggup lagi'', sambil background music melaungkan lagu Menaruh Harapan dendangan Zaiton Sameon. Ceh. 

    Aku cuba bangkit dengan kekuatan diri sendiri. Tapi, ternyata jiwa aku rapuh. Dengan hanya berbekalkan kekuatan luaran sahaja, mana mungkin aku bisa bangkit. Jasad aku masih berpijak di bumi Allah ini. Namun jiwa aku? Hilang. Entah kemana. Lama juga aku berada didalam kondisi sebegitu.

    Sampai satu waktu, aku temui dia. Lebih dari seorang teman, dia papah aku untuk bangkit. Dia mendorong aku dari segala aspek yang termampu. Dan pada waktu itu, terasa bagai jiwa ini sudah pulang kembali ke jasadnya. Aku mulai tersenyum melihat segala telatah dia. Dan dengan melihat sahaja dia ketawa, sudah cukup untuk membuat aku tersenyum.

    Aku meletakkan titik noktah ke atas segala kepahitan yang aku lalui selama setahun lebih itu. Aku sedar, ini bukan lagi masanya untuk aku bersedih. Aku bangkit, bingkas keluar dari sisi gelap itu. Dan kini, aku di sini, setiap hari cuba untuk memberikan segala yang termampu untuk membalas kembali kebahagiaan yang dia beri pada aku. Kali ini, bukan sahaja untuk dia seorang. Tapi, untuk kami berdua.

    Kalau aku bisa bangkit, kalian juga pasti bisa.
    Cari kebahagiaan itu didalam hati kalian, dan simpan ia seerat-eratnya. 
    Jangan sampai ia pergi, dan kalian jatuh.
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    2 comments:

    1. mimi zakaria said...:

      biasa la kecewa kan..sy sndiri fobia dgn lelaki..biarlah ruang kosong di hati nie terbiar tak dipeduli..tak nak pikir soal hati dan perasaan dah..cewahh

    1. azim marcello said...:

      amboi ayat kemain sastera sangat ni. watlek watpis dah aa kan haha

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...