• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Coretan satu

    28.7.13
    Hakikat 

    Dalam pada waktu kita gembira, bergelak ketawa dengan rakan-rakan, mimik muka kesemuanya jelas terpancar keceriaan itu. Namun terkadang, luaran tidak membawa satu fahaman yang jelas tentang apa yang terbuku dalam hati. Ada seseorang lelaki, tiada seorang pun yang tahu tentang betapa deritanya yang dia lalui. Lelaki itu seringkali bertanya pada Ilahi, mengapa begitu berat dugaan yang diberi. Namun lelaki itu percaya, bahawa satu persatu ceritera yang hadir dalam hidupnya, garapan Tuhan dalam perancangan-Nya, kemas dan Dia lebih tahu akan segalanya.

    Hidup 

    Aku, sama macam lelaki lain. Sama seperti manusia yang lain. Hidup aku tidak sesempurna seperti yang aku harapkan. Bukan macam cerita-cerita dongeng yang sempurna semuanya. Aku juga menempuh waktu-waktu getir, aku juga berhadapan dengan kesedihan. Aku juga merasa bahagia. Hidup aku berpandukan coretan Ilahi. Kadang, aku ditimpa sesuatu kegagalan atau perkara buruk, aku marah akan diri sendiri, memikirkan betapa malangnya diri aku. Tapi, lama-kelamaan, aku tahu bahawa Tuhan itu lebih tahu. 

    Circle-of-Life

    Ada sesetengah manusia, dia gembira melihat orang lain derita. Dia sanggup membikin apa sahaja demi melihat yang lain, terseksa. Namun, setiap homosapien itu harus tahu bahawa hidup ini ber'putar'. Ya, memang bumi ini berputar. Dan, kitaran hidup juga berputar. Kita ambil contoh, si A mengkhianat si B atau mereka cerita untuk memburukkan si B. Hasilnya, si B terseksa dek kerana perlakuan si a. Si A berpuas hati kerana apa yang dia inginkan, tercapai. Namun si A tidak tahu, bahawa hidup ini berputar. Satu hari, si A pula dikhianat oleh si C. Malahan, lebih teruk dari apa yang dia lakukan kepada si C.
    Nampak? Apa yang diperoleh? Ataupun konsep ini lebih dikenali sebagai karma.

    To friends at home

    To friends at home, the admired, the lost
    The gracious old, the lovely young, to May
    The fair, December the beloved
    These from my blue horizon and green isles
    These from this pinnacle of distance I
    The unforgetful, dedicate
    - R.L. Stevenson



    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...