• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    Sebenarnya, dia zaujah ana.

    4.7.13


    Hai. So ahad ni bakal menjadi hari yang sangat bersejarah buat ana, kerana ana bakal disatukan dengan zaujah ana. Alhamdulillah rezeki kurniaan Tuhan. Ana redhoooo dan pasghah atas segala ketentuan Ilahi. Semoga bibit cinta yang bersemi ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. 

    Dah tipu je lebih tu. Title entri pun kemain nak gempak lagi kan. Arab gitu. Senanye ahad ni akak aku yang nak kahwin. Aku? Lambat lagi. Takpayah cerita sekarang. Plan boleh ah. Tapi harta mana cukup lagi. Takat cinta mana cukup. Nak bagi bini makan pasir bersalut whipped cream ke? Ceh.

    So ahad ni majlis persandingan akak aku yang 1st, maknanya family aku bakal menyambut menantu yang pertama. Alhamdulillah. Semoga dengan kehadiran abang ipar ke dalam family aku, aku bakal mendapat elaun bulanan yang lebih dengan cara menge-paw beliau. Amin amin. 

    Jemput aa datang ke majlis kenduri akak aku ni. Buat majlis bersanding ni kat Bidor, Perak. Kat kampung aku. Dialu-alukan sangat kepada sesiapa yang nak datang. Sori laa tak sempat nak bagi kad jemputan ke semua. Busy nau dengan life kat Lendu ni. Sedih betul. Takpe, nanti aku kahwin, aku invite semua guna event kat facebook. Tu pun kalau facebook wujud lagi aa masa tu kan. Ok gurau.

    Rindu arwah opah. Tak sempat dia nak  tengok akak aku nikah.
    Nanti ajim balik, ajim ziarah opah ya? Ajim rindukan opah sangat-sangat.



    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...