• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Followers

    #265

    22.9.13
    Hai. Lama juga aku tak update blog ni. Kalaulah blog ni diibaratkan seperti sebuah rumah, mesti dah bersawang berhabuk dinding kena makan anai-anai. Gua busy beroo. Semester 4 ni gua macam komited sikit aa dalam pembelajaran. Aku dah lah pesen yang kalau nak study ke, buat assignment ke, benda yang berkaitan dengan belajor sendiri ni banyak aku buat waktu malam. Waktu malam itu adalah pukul 1 pagi dan ke atas. Ye, aku memang takboleh buat keje awal-awal. Tak mencabar. Kakaka ok tak. Aku dah biasa study pepagi buta.

    Study / buat assignment sampai siap kadang-kadang tu adalah pukul 7-8 pagi baru siap. So kalau hari esoknya tu kelas aku pukul 8.30 pagi, memang aku stay up terus buat kerja semua then terus bersiap pergi kelas. Tak tidur punya. Setel kelas contohnya 2.30 petang macam tu, balik makan buat itu ini, tengok movie kat laptop. Oh tengok movie setiap hari ada lah perkara wajib bagi aku. Kalau sehari tak tengok movie, mulalah rasa ada tak kena, gelisah kelam kabut. Wakaka melampo betei. Lepastu bantai tidur sampai terjaga dengan sendirinya. Aku kalau dah penat sangat, dapat tidur, orang kejutkan aku pun aku buat tak sedar je. Member aku datang rumah nak ambik barang kat aku, aku cakap 'haa ye cari lah sendiri' dengan mata masih tertutup. Gila punya syaiton mengantuk.



    Nak update mende pun dah taktahu. Padahal setiap hari terasa membuak-buak nak update blog. Jadahnya. 
    Oh baidewei, taklama lagi ada temuduga uitm untuk second intake kan? So sape yang dapat interview untuk course masscom, boleh lah view sikit-sikit tips yang aku pernah update dalam blog ni dulu. Boleh tengok kat sidebar ada kat top entry. Goodluck uolls.

    Khamis ni, 26hb 9, aku start final exam untuk semester 4. Guys, wish me luck, wish me success, doakan yang terbaik untuk aku. Harapnya semester ni dapat dekan. Amin, doakan aku weh! 

    Adios, amigos.
    like entry ni yee , share dgn semua. thanks buddy :)

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...